Khind Memperkenalkan Skim Sewa-Untuk-Beli Perkakasan Rumah

Diterbitkan pada Jun 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sewa untuk beli sudah ditawarkan kepada mereka yang ingin mempunyai hartanah peribadi. Khind, syarikat yang terkenal dengan perkakasan rumah kini menawarkan skrim sewa-untuk-beli mereka sendiri yang juga merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Perkakasan yang ditawarkan pada waktu ini ialah mesin basuh Khind dengan pengering terbina mereka. Ia mempunyai kapasiti membasuh sehingga 10kg dan kapasiti mengering 6kg. Kemampuan untuk membasuh menggunakan stim juga turut disokong.

Kepada pengguna yang berminat pakej RM259 sebulan selama 12 bulan, RM139 sebulan selama 24 bulan dan RM99 sebuah selama 26 bulan ditawarkan oleh Khind. Pelanggan turut akan menerima perkhidmatan selenggara percuma sepanjang tempoh sewa-untuk-beli ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami