Kenderaan elektrik ialah masa depan yang tidak lagi boleh disangkal. Dunia semakin memanas maka langkah drastik untuk mengurangkan pencemaran perlu dilakukan sepantas mungkin. Tetapi kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) mempunyai masalah tidak mempunyai jarak operasi yang jauh membuatkannya belum bersedia menggantikan lori kargo diesel misalnya.

Volvo minggu ini memulakan ujian trak yang menggunakan bahan api hidrogen. Trak dengan sel hidrogen ini dipercayai mampu bergerak sehingga 1000 kilometer sebelum tangki perlu diisi semula. Proses mengisi semula juga pantas sekitar 15 minit yang masih jauh lebih pantas berbanding waktu yang diambil untuk mengecas semula bateri kenderaan.

Selain mengurangkan pencemaran, trak sel hidrogen juga menarik kerana hanya mengeluarkan air sahaja dalam bentuk wap semasa beroperasi. Penggunaan trak sel hidrogen tidak akan menggantikan trak berkuasa bateri kerana kedua-duanya mempunyai penggunaan yang berbeza. Volvo akan menawarkan trak sel hidrogen ni kepada pelanggan untuk ujian dalam masa beberapa tahun sebelum menawarkannya secara komersial selepas 2025.
- Sumber
- Sumber – Volvo