Montblanc Summit 3 kini telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. Ia dijual pada RM5,700 dengan tiga pilihan variasi berbeza seperti Titanium, Black Titanium dan Bicolor Titanium. Bagi yang berminat, sesi pra-tempah juga telah sedia dibuka sekarang dan penghantaran pembelian akan bermula pada 15 Julai 2022.

Montblanc Summit 3 didatangkan dengan penambah-baikan terkini menerusi penggunaan Wear OS 3.0. Ia turut dibina dengan tubuh 42mm yang diperbuat daripada bahan titanium. Tali jam pula diperbuat daripada kulit dan getah. Cip yang digunakan ialah Qualcomm Snapdragon Wear 4100+, memori pula sebesar 1GB RAM dan storan 8GB. Sebagai tambahan, jam tangan pintar mewah ini turut hadir dengan sejumlah ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan standard seperti menjejak tapak, kalori, nadi dan pola tidur.
- Sumber
- Sumber – Montblanc Malaysia