Sabah Perkenal Bas Elektrik Untuk Pengangkutan Awam, Percuma Selama 6 Bulan

Diterbitkan pada Jun 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan negeri Sabah kini telah melancarkan khidmat bas elektrik pertama sebagai pengangkutan awam, dan akan mengujinya selama 6 bulan.

Bas elektrik ini akan membolehkan penduduk d Sabah menaikinya untuk perjalanan antara Sepanggar-Menara Kinabalu. Menariknya, pengangkutan awam ini akan ditawarkan secara percuma untuk tempoh ujian rintis ini.

Bas elektrik ini boleh memuatkan seramai 54 orang, dan menawarkan perjalanan yang mesra alam.

Selesai ujian rintis ini, Sabah dijangka memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik seawal tahun hadapan, dengan pengenalan antara 5 ke 20 bas elektrik pada peringkat permulaan.

Sumber : Bernama

komen


© Amanz / 2022 Kami