Windows 8.1 Akan Ditamatkan Sokongan Pada 10 Januari 2023
June 24, 2022
Microsoft
Aman
Microsoft kini mengingatkan pengguna sistem operasi Windows 8.1, dimana sokongan untuknya akan ditamatkan pada 10 Januari 2023 kelak.

Microsoft turut menekankan yang mana tiada sokonga lanjutan akan diperkenalkan selepas tarikh berkenaan. Bagi organisasi, anda digalakkan berpindah ke sistem operasi lebih terbaru. Penggunaan Windows 8.1 selepas tarikh berkenaan mungkin mendedahkan peranti anda kepada risiko sekuriti.
Sebagai peralihan, anda boleh berpindah ke Windows 10 atau Windows 11. Unruk anda yang memilih berpindah ke Windows 10, hendaklah ambil maklum, yang mana sokongan untuk sistem operasi berkenaan akan ditamatkan pada Oktober 2025 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.