Canon EOS R7 Dan EOS R10 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3969

Diterbitkan pada Jun 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Canon melancarkan dua kali kamera nircermin mereka di Malaysia Canon EOS R10 dan Canon EOS R7 yang menyasarkan golongan peminat fotografi serta penghasil karya video secara atas talian. Kedua-duanya adalah kamera siri R yang pertama ditawarkan dengan sensor APS-C. Kedua-dua kamera sebelum ini dilancarkan oleh Canon pada penghujung bulan Mei lalu.

Canon EOS R10 ialah kamera nircermin dengan sensor 24.2 MP ASP-C yang menyokong lensa cagak RF. Ini dipadankan dengan cip pemprosesan imej DIGIX yang membolehkan rakaman gambar sehingga 23 FPS menggunakan pengatup digital atau 17 FPS menggunakan pengatup mekanikal. Video pada tetapan 4K 30FPS boleh dirakam tanpa had masa tetapi tanpa sokongan RAW atau C-Log.

Sebuah viewfinder OLED dengan 2.36 juta titik yang dipadankan dengan skrin LCD 3″ TFT yang boleh dipusingkan ke hadapan untuk rakaman swavideo lebih mudah. Terdapat juga output HDMI dan juga input untuk mikrofon bagi melakukan rakaman audio yang lebih baik. Canon EOS R10 dijual pada harga RM3969 untuk badan sahaja.

Canon EOS R7 ialah kamera nircermin dengan sensor 32.5 MP ASP-C yang menyokong lensa cagak RF serta sistem penstabilan IBIS 5 paksi . Ini dipadankan dengan cip pemprosesan imej DIGIX yang membolehkan rakaman gambar sehingga 30 FPS menggunakan pengatup digital atau 15 FPS menggunakan pengatup mekanikal. Video pada tetapan 4K 60FPS boleh dirakam dengan sokongan C-Log 3.

Seperti R10, R7 dilengkapi viewfinder OLED dengan 2.36 juta titik yang dipadankan dengan skrin LCD 3″ TFT yang boleh dipusingkan ke hadapan untuk rakaman swavideo lebih mudah. Terdapat juga output HDMI dan juga input untuk mikrofon. Canon EOS R7 dijual pada harga RM6199 untuk badan sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami