China kini telah menerbitkan garis panduan baharu, yang mana kini memerlukan pempengaruh mempunyai kelayakkan yang berkaitan sekiranya ingin membincangkan berkenaan dengan perundangan, kewangan dan juga perubatan.
Dengan langkah ini, ia sekaligus mengelak orang yang tidak mempunyai pengetahuan atau kepakaran berkaitan sesuatu topik, tidak mengeluarkan pendapat atau pandangan yang boleh menjejaskan orang lain.
Apa pun, buat masa ini, apakah jenis kelayakkan yang diperlukan tidak dinyatakan lagi oleh kerajaan China.
Langkah ini dijangka akan membawa lebih keharmonian dalam arena internet, dan mengelak mereka yang tidak berpengetahuan berkaitan topik-topik tersebut untuk mempromosikan sesuatu yang mereka tidak ketahui.