Carian
Ford Pro Electric Supervan Diperlihatkan Dengan 2000 Kuasa Kuda
June 25, 2022 Effi Saharudin

Sejak 50 tahun yang lalu, Ford akan mengeluarkan sebuah Supervan dengan spesifikasi yang lebih serasi digunakan pada sebuah kereta lumba. Ford Pro Electric Supervan telah diperlihatkan minggu ini di Goodwin Festival of Speed dan seperti Supervan terdahalu ia dilengkapi spesifikasi yang melampau.

Ford Pro Electric Supervan atau nama timangannya Supervan 4 hadir 28 tahun selepas Supervan 3. Tidak seperti Supervan yang terdahulu, Supervan 4 menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia masih lagi menggunakan model asas van Ford Transit tetapi dilengkapi empat motor elektrik yang menghasilkan 1,973 kuasa kuda.

Bateri berkapasiti 50-kWh menyokong pengecasan pantas yang mengambil masa hanya 45 minit untuk dicas sepenuhnya. Walaupun ia adalah sebuah van ia mengambil masa kurang daripada 2 saat untuk memecut daripada 0-100 km/j. Van ini bukan untuk dijual tetapi sekadar untuk menunjukkan kemampuan teknologi elektrik Ford.

S

Ia di dalam kategori yang sama seperti Mustang Mach-E 1400 yang diperlihatkan pada tahu 2020. Perbezaan antara kedua-dua kenderaan elektrik ini ialah Mach-E 1400 dilengkapi tujuh motor elektrik dengan output gabungan 1400 kuasa kuda.

Komen