Semua Planet Di Sistem Suria Termasuk Bulan Dirakamkan Seakan Membentuk Garisan Lurus

Diterbitkan pada Jun 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Agensi Angkasa Malaysia kini berkongsi, semalam pada 24 Jun 2022, sebelum Matahari terbit di Malaysia, ia dirakamkan kesemua planet di dalam Sistem Suria termasuk Bulan, kelihatan seakan membentuk garisan lurus.

Penglihatan kedudukan planet ini adalah hanya dari perspektif pemerhati di Bumi, sebaliknya sekiranya dilihat dari angkasa, ia tidak sejajar. Di Malaysia, fenomena ini dirakamkan pada pukul 5.30 pagi, 24 Jun 2022.

Menggunakan mata kasar, lima planet dapat dilihat, iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, dan juga Zuhal, selain turut disertai oleh Bulan.

Fenomena ini agak jarang berlaku, dan dijangka hanya akan berulang sekitar 2040 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami