Carian
AirPods Pro 2 Mungkin Menggunakan USB-C Dan Boleh Mengesan Nadi
June 25, 2022 Effi Saharudin

AirPods Pro dilancarkan pada tahun 2019 dan ramai menantikan model kemas kini dengan ciri yang dipertingkatkan. Kini mula kedengaran ura-ura baharu mengenai AirPods Pro 2 yang mungkin akan menggembirakan bakal pembeli.

Menurut laporan laman 52 Audio, rekaan luaran pod simpanan AirPods Pro adalah sama seperti model terdahulu cuma kini menggunakan port pengecasan USB-C. Rekaan putik audio juga masih lagi sama tetapi kali ini hadir dengan ciri mengesan nadi. Ini adalah satu ciri yang tidak pernah ditawarkan oleh Apple tetapi pernah ditawarkan pengeluar lain seperti Samsung.

Cip H1 yang lebih baik akan menawarkan pengalaman audio dan pembatalan hingar yang lebih baik. AirPods Pro 2 juga dipercayai akan menyokong ciri yang membolehkan ia menjadi alat bantuan pendengaran. Akhir sekali ia mungkin akan mempunyai speaker kecil membolehkan ia berdering untuk dicari menggunakan Find My.

Komen