Asus kini telah mula memasarkan dan memperlihatkan satu demi satu ciri yang bakal disertakan pada telefon pintar memfokuskan permua daripada mereka.
Melalui perkongsian terbaru, Asus mengatakan ROG Phone 6 bakal menjadi telefon permua pertama di dunia yang hadir dengan sokongan kalis percikkan air, IPX4.
Sebelum ini juga, Asus pernah mengatakan ia bakal hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, selain dilengkapi skrin AMOLED pada kadar segar semula 165Hz.
Sama-sama kita nantikan 5 Julai 2022 ini, untuk melihat lebih lanjut berkenaan dengan penawaran Asus ROG Phone 6 ini.