70% Pengguna Web Kini Kerap Menonton Video Pendek

Diterbitkan pada Jun 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkembangan kelajuan internet turut membawa kepada bagaimana kita mula menghadam sesuatu kandungan. Kebelakangan ini, lebih ramai mula menikmati video dalam mengambil tahu sesuatu perkara atau untuk berhibur.

Malah, mengikut kajian Inmar Intelligence, ia juga didapati sekitar 70% pengguna web kini kerap menonton video pendek melalui peranti-peranti mereka.

Hal ini sedia dipopuiarkan oleh TikTok melalui platform video pendek mereka, termasuk Meta yang telah mula memfokuskan ciri Reels yang menawarkan video sekitar kurang 2 minit melalui platform tersebut.

Google juga telah berkongsi baru-baru ini, ciri Shorts mereka mempunyai lebih 1.5 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Dengan lambakkan kandungan, lebih ramai kini mengikuti video pendek untuk menonton lebih banyak video-video berbeza.
Bagi anda sendiri, adakah anda kerap menonton video pendek?

komen


© Amanz / 2022 Kami