MOSTI Sasar Nisbah Seramai 195 Robot Kepada 10,000 Tenaga Kerja Manusia, Menjelang 2030

Diterbitkan pada Jun 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kini menetapkan sasaran supaya Malaysia mempunyai nisbah seramai 195 unit robot bagi setiap 10,000 tenaga kerja manusia menjelang 2030 kelak.

Pada hari ini, nisbah berkenaan adalah sekitar 55 unit robot kepada 10,000 manusia.

Peningkatan angka ini sekaligus memperlihatkan lebih banyak robot akan diintegrasikan dalam industri di Malaysia – selari perkembangan arena teknologi dan robotik.

Selari dengannya juga, MOSTI berhasrat untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam memperkenalkan pembelajaran berkaitan industri dan teknologi dron di peringkat sekolah.

komen


© Amanz / 2022 Kami