Cari @ Amanz

Sebuah syarikat Jepun kini bereksperimen dengan menghantar seekor tikus hamster ke stratosfera melalui belon udara. Eksperimen ini dilihat berjaya sepenuhnya, dengan hamster tersebut kembali ke lokasi dengan selamat.

Melalui eksperimen yang dilakukan, hamster tersebut diletakkan dalam kabin khas, sebelum dihantar ke udara pada 9 Jun lepas. Sepanjang perjalanan, kabin berkenaan dipantau sepenuhnya dari segi tahap oksigen, tekanan atmosfera, suhu dan sebagainya.

Stratosfera merupakan lapisan atmosfera Bumi yang terletak di antara 10-50km di atas permukaan Bumi. Ia dikatakan menawarkan pengalaman seumpama ke angkasa pada ketinggian ini, dan mampu melihat Bumi yang sfera.

Syarikat Jepun berkenaan, Iwatani Giken merupakan syarikat yang memfokuskan kepada rekabentuk kabin – dan kini bereksperimen dengan rekaan mesra untuk pelancongan angkasa.

  • Sumber
  • Sumber : Sky
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd