Saintis Bimbang Pelancongan Angkasa Mungkin Menyukarkan Proses Menjaga Lapisan Ozon

Diterbitkan pada Jun 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir-akhir ini, salah satu perkara yang hangat diperkatakan ramai adalah berkenaan pelancongan angkasa – diterajui oleh beberapa individu terkaya, termasuk Elon Musk, Jeff Bezos dan juga Richard Branson.

Apa pun, perkara ini membimbangkan sejumlah saintis – mengatakan ia mungkin memberikan kesan pada lapisan ozon yang melindungi bumi.

Lapisan ozon merupakan sebahagian daripada atmosfera yang terdiri daripada molekul oksigen O3, melindungi bumi daripada radiasi ultraviolet yang dikeluarkan matahari. Lapisan yang semakin nipis, atau “kebocoran” boleh membawa kepada peningkatan suhu di Bumi.

Sebelum ini, pada tahun 1987, Montreal Protocol telah diperkenalkan dalam mengawal sejumlah bahan kimia dalam membolehkan lapisan ozon dibaik-pulih. 

Kajian terbaru ini mengambil kira sekitar 103 roket yang dilancarkan pada 2019, dan mengatakan pelancongan angkasa yang kerap setiap minggu mungkin memberikan kesan kepada kejayaan Montreal Protocol sebelum ini.

Sumber : Sky

komen


© Amanz / 2022 Kami