Cari @ Amanz

Kita sekarang semakin selesa hidup dalam fasa pra-endemik dengan ramai mula hidup seperti pandemik sudah berakhir. Namun begitu jumlah jangkitan harian baharu meningkat semula di Malaysia bersama dengan kematian. Bagi yang mula berasas selamat, kajian terkini yang dibentangkan di Kongres Neurologi Akademi Eropah memberikan amaran bahawa risiko jangka panjang Covid-19 masih belum berakhir.

Data hampir separuh penduduk Denmark dari tahun 2020 ke 2021 telah digunakan dalam kajian ini. Penyelidik mendapati individu yang pernah dijangkiti Covid-19 adalah 3.5 kali berisiko lebih tinggi menghidap Alzheimer, 2.6 kali ganda berisiko lebih tinggi menghidap Parkinson dan 2.6 kali ganda berisiko lebih tinggi diserang strok.

Kajian ini selari dengan kajian sebelum ini yang mendapati pesakit influenza dan pneumonia berisiko lebih tinggi untuk mendapat tidak penyakit yang disebutkan tadi. Influenza dan pneumonia adalah dua penyakit serangkai yang dihidapi pesakit Covid-19

Saintis masih lagi melakukan kajian untuk mengetahui kesan jangka panjang sebenar Covid-19 ke atas tubuh manusia. Hanya tiga bulan lalu pesakit Covid berpanjangan menunjukkan mereka menghadapi kesan kognitif yang serius

European Academy of Neurology Congress

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd