Cari @ Amanz

Intel baru-baru ini telah mengaktifkan cip generasi ke-13 Raptor Lake mereka melalui sebuah cip pemprosesan Intel Core i9. Siri cip pemprosesan ini dijangka akan diperkenalkan di pasaran global sekitar penghujung tahun ini.

Cip Intel Core i9 Raptor Lake ini dilaporkan hadir dengan lapan teras prestasi dan 16 teras cekap dan akan menyokong papan induk Alder Lake sedia ada, disamping papan induk baru yang akan dibangunkan khusus untuk siri cip pemprosesan ini, dimana kedua-duanya menggunakan soket LGA 1700 sedia ada.

Ia dilaporkan juga bahawa cip pemprosesan ini hadir dengan jumlah TDP sekitar 65W, berkemungkinan bahawa ini merupakan model CPU desktop yang tidak boleh dilewahjam dan mempunyai kelajuan setinggi 3.8GHz sahaja.

Ia dijangka bahawa apabila dilancarkan kelak, siri cip pemprosesan ini akan hadir dengan nilai kelajuan yang lebih pantas lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd