Tiga Ciri Ini Melengkapkan Nightography Samsung Galaxy S22 Series

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti Samsung Galaxy S22 Series merupakan peranti berspesifikasi tinggi yang menyokong pelbagai penggunaan. Dari penggunaan Nightography sehinggalah kepada urusan seharian, ia mampu memenuhi citarasa pengguna yang mahukan peranti yang sangat versatil.

Bagi melengkapkan spesifikasi kamera terbaik pada peranti ini, Samsung tidak berkompromi dalam memberikan komponen terbaik dan berikut adalah apa yang wajib anda tahu berkenaan komponen pada Samsung Galaxy S22 Series. 

Cip Pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 Yang Berkuasa 

Salah satu kegemaran pengguna tempatan adalah cip Snapdragon yang sememangnya diperakui berprestasi tinggi. Pada Samsung Galaxy S22 Series, ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 yang juga cip terbaru di pasaran.

Justeru jika anda memilih peranti untuk multi-tugasan, untuk bermain permua, atau semata-mata untuk tujuan rakaman gambar dan video, lebih-lebih lagi penggambaran malam Nightography, anda boleh yakin dengan pemprosesan yang dibawakan Samsung Galaxy S22 Series. 

Bateri 5,000 mAh Bertahan Sepanjang Hari

Apabila anda keluar untuk melakukan penggambaran, penting untuk peranti anda boleh bertahan sepanjang hari sebelum dicaj semula. Samsung Galaxy S22 Series hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang boleh bertahan sehingga seharian.

Dan jika itu tidak mencukupi, terdapat pengecasan pantas Super Fast Charging 2.0 45 W yang membolehkan pengecasan selama 10 minit memberikan tempoh penggunaan sehingga 60 minit rakaman video. Jadi jika anda tiba-tiba kehabisan tenaga, anda tidak memerlukan masa yang lama untuk kembali menggunakannya. 

OneDrive

Kapasiti Storan Yang Tinggi Termasuklah Storan 100GB OneDrive Cloud Selama 6 Bulan

Apabila memilih peranti untuk tujuan rakaman, penting untuknya mempunyai kapasiti storan yang besar dan mencukupi. Samsung Galaxy S22 Series yang hadir pada 3 variasi, turut menawarkan beberapa pilihan storan. 

Jika anda memilih Samsung Galaxy S22 Ultra, ia menawarkan storan berkapasiti 512GB UFS. Malah jika itu tidak mencukupi, Samsung turut memberikan storan awan tambahan 100GB OneDrive Cloud selama 6 bulan pertama. Ia cukup untuk memberikan anda ruang untuk berkarya dan menyimpan pelbagai rakaman walau dimana jua anda berada. 


Kesemua ciri-ciri ini membantu pengguna dalam merakamkan gambar yang cantik baik dalam apa jua keadaan. Dengan cip pemprosesan yang berkuasa dan pantas dalam memastikan rakaman berjalan lancar, sehinggalah kepada bateri seharian yang membolehkan anda meluangkan masa yang lebih lama sewaktu merakamkan detik indah. Kesemua ini membantu dalam penghasilan Nightography yang baik.

Pertandingan Night City Challenge dari Samsung

Bagi anda yang ingin berkongsi karya anda, hantarkan karya tersebut menerusi akaun Instagram dengan tetapan ‘Public’, beserta hashtag #MakeNightsEpic, #withGalaxy #(nama bandar) #(peranti Galaxy yang digunakan).

Anda juga haruslah menamakan @SamsungMalaysia, @SamsungMobile dan @samsungwithGalaxy dalam hantaran instagram anda.Sebanyak 4 kategori yang dicari Samsung Malaysia iaitu Lokasi Malam Terbaik, Bandar Malam Terbaik, Aktiviti Malam Terbaik dan Suasana Malam Romantik Terbaik.

Tarikh tutup perkongsian adalah pada 30 Jun 2022 jadi bawalah bersama peranti Nightography kegemaran anda di waktu malam bagi merakam karya menarik.

Samsung Galaxy S22 ini hadir pada empat pilihan warna premium dan klasik, iaitu Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy. Ia juga hadir pada tiga variasi iaitu S22, S22+ dan juga S22 Ultra yang dijual pada harga RM 3,699 (S22), RM 4,299 (S22+), dan RM 5,499 (S22 Ultra).

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami