Razer Ornata V3 Dan V3 X Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM195

Diterbitkan pada Jun 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah papan kekunci gamer untuk menaiktarafkan setup komputer anda, Razer hari ini mengumumkan bahawa papan kekunci mereka, Razer Ornata V3 dan juga Razer Ornata V3 X.

Kedua-dua papan kekunci ini hadir dengan rekaan bersaiz penuh, dimana ia menggunakan suis membran mekanikal keluaran Razer sendiri bersama-sama dengan kekunci plastik ABS dengan aksara yang memanfaatkan sistem pencahayaan RGB yang terbina didalamnya.

Razer Ornata V3 hadir dengan sistem pencahayaan RGB 10 zon, manakala Ornata V3 X pula hanya mempunyai satu zon pencahayaan. Model V3 juga mempunyai butang-butang kawalan media terbina di bahagian atas kiri papan kekunci ini.

Keunikan Razer Ornata V3 X pula hadir melalui fungsi kalis tumpahan cecair yang memastikan bahawa papan kekunci anda tidak rosak sekiranya anda menumpahkan minuman kedalam papan kekunci secara tidak sengaja.

Kedua-dua papan kekunci ini juga hadir dengan tempat letak tangan magnetik untuk pengalaman menaip dan gaming yang lebih selesa untuk tujuan penggunaan berjam-jam lamanya.

Razer Ornata V3 dan Razer Ornata V3 X ini sudahpun mula ditawarkan di kedai-kedai pengedar aksesori Razer pada harga berikut:

  • Razer Ornata V3 – RM329
  • Razer Ornata V3 X – RM159

komen


© Amanz / 2022 Kami