Cari @ Amanz

Siri Huawei Nova 10 bakal dilancarkan di China pada 4 Julai 2022. Ia bakal menjadi variasi kemaskini untuk siri Huawei Nova dengan penawaran yang ditambahbaik. Terdiri dengan dua model berbeza, kini spesifikasi peranti didapati tertiris sepenuhnya dengan lebih awal.

Ia menunjukkan Huawei Nova 10 akan dilengkapi skrin bersaiz 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 778G, namunvtidak dilengkapi rangkaian 5G terbina. Pilihan memori pula adalah 8GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB.

Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP (utama), 8MP (ultra-lebar) dan sensor kedalaman yang tidak diketahui mengenai konfigurasinya. Tidak ketinggalan, kamera swafoto sebesar 60MP dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W turut disertakan pada peranti.

Huawei Nova 10 Pro juga akan menggunakan cip Snapdragon 778G dan tidak dilengkapi rangkaian 5G terbina. Namun skrin didapati lebih besar dengan saiz 6.8-inci OLED FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Terdapat dua pilihan memori yang disediakan iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB, di samping bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W turut sama digunakan pada peranti.

Pilihan sistem kamera pula ada tiga yang terdiri dengan 50MP (utama), 8MP (sudut lebar) dan sensor kedalaman yang tidak diketahui konfigurasinya. Bersama-samanya dwi-kamera turut disertakan dengan tetapan 60MP + 8MP.

Seperti biasa, segala penawaran lebih lanjut bakal terjawab selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak. Ini termasuklah penawaran untuk harga jualan peranti. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd