#LG

LG Electronics Menyertai Arena Perniagaan Pengecasan Kereta Elektrik

Diterbitkan pada Jun 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG Electronics hari ini mengumumkan pengambil-alihan sebuah syarikat pengecas kenderaan elektrik berpusat di Korea Selatan, iaitu AppleMango.

Dengan lebih banyak syarikat menyertai kenderaan elektrik, permintaan untuk pengecas elektrik juga dijangka meningkat mendadak. LG sedia mempunyai kepakaran dalam teknologi, selain sektor B2B, yang boleh digunakan dalam memperluaskan perniagaan pengecasan elektrik ini.

Melalui pengambil-alihan ini, AppleMango akan menjadi subsidiari dibawah LG Electronics.

Dengan LG Electronics yang telah keluar daripada perniagaan telefon pintar, mungkin selepas ini kita akan melihat jenama mereka pada pengecas kenderaan dipasaran pada masa akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami