Satu Lagi Peranti-Boleh Pakai Baharu Amazfit Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Jun 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazfit kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran baharu buat pengguna di Malaysia. Ia didedahkan sendiri oleh Amazfit menerusi salah satu perkongsian di media sosial rasminya baru-baru ini.

Meskipun mereka cuba berteka-teki mengenainya. Namun, poster acah yang dimuat naik sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai produk. Ia memperlihatkan seutas jam yang tahan lasak ranggi yang menyerupai siri Amazfit T-Rex.

Paling terkini, Amazfit telah memperkenalkan T-Rex 2 sekitar bulan Mei lalu dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 45 hari. Ia juga dilengkapi pelbagai fungsi berguna, di samping dipadankan dengan tali silikon antibakteria yang mesra kulit dan serap peluh.

Adakah terdapat kemungkinan ia turut akan ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak? Penggunaan perkataan ‘Evolve’ pada slogan turut menguatkan lagi spekulasi kerana ia sinonim dengan jam tangan berkenaan sewaktu diperkenalkan sebelum ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Amazfit Malaysia berhubung perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami