Carian
TNB Akan Bina Menara Ikonik Dengan Rekaan “Buah Pinang” Selari Jambatan Pulau Pinang Untuk Bekalan Elektrik
June 27, 2022 Aman

Dalam usaha mengukuhkan lagi bekalan elektrik di Pulau Pinang, kini Tenaga Nasional mengumumkan mereka akan membagukan satu lagi penyambungan terrus bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang.

Menariknya, untuk projek ini, bekalan akan disambungkan melalui sebuah projek menara sepanjang 8.5km yang dibina selari dengan jambatan Pulau Pinang.

Projek ini dibangunkan dalam memastikan kapasiti bekalan sedia ada di Pulau Pinnang tidak terjejas – terutamanya apabla stesen janakuasa Gelugor dengan kapasiti penjanaan 300W tamat kontrak perkhidmatan pada akhir 2024 kelak.

TNB menyasarkan projek ini menelan belanja lebih RM500 juta, dan dijangka siap pada 2024 kelak. Pembinaan menara ikonik ini juga dijangka menjadi salah satu mercu tanda ikonik negeri tersebut.

Menara talian penghantaran ini direkabentuk dengan berkonsepkan buah pinang. Kerja-kerja pembinaan ini dijangka bermula pada penghujung 2022 ini.

Komen