Carian
Lebih Ramai Golongan Muda Guna TikTok Sebagai Enjin Carian, Berbanding Google
June 27, 2022 Aman

Dengan populariti TikTok, ia turut membawa kepada perubahan bagaimana pengguna menggunakannya, serta pada masa yang sama memperlihatkan perubahan corak penggunaan sejumlah perkhidmatan lain.

Salah satunya adalah berkaitan carian. Walaupun Google masih menjadi enjin carian yang dituju ramai, tetapi golongan muda mula melakukan carian alternatif menggunakan media sosial, termasuk TikTok.

TikTok Amanz

Sebagai contoh, ramai kini mula menggunakan TikTok untuk mencari lokasi atau restoran menarik untuk dikunjungi. Begitu juga untuk sejumlah cadangan lain – termasuk buku menarik untuk dibaca, lokasi percutian menarik, dan sebagainya.

Hal ini juga mungkin kerana carian Google kadang-kala tidak memaparkan info terkini untuk sejumlah trend yang meningkat naik – selain beberapa laman yang lebih dioptimasikan untuk SEO, dan tidak memaparkan kandungan sepenuhnya seperti TikTok.


Selain TikTok, ramai juga turut menggunakan Twitter sebagai enjin carian dalam mendapatkan info terkini – terutamanya berkenaan berita-berita terkini.

Dengan perkembangan ini, adakah kita akan lebih menggunakan media sosial sebagai enjin carian, dan kurang menggunakan Google yang sedia popular?

Komen