Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sebelum ini telah mula menawarkan penghala WiFi 6 kepada para pelanggan baharu, tetapi terhad kepada mereka yang melanggan pakej 300Mbps dan ke atas.

Menariknya, bermula bulan ini, TM turut melakukan perubahan, dan telah mula menawarkannya untuk mereka yang melanggan pakej 100Mbps dan ke atas.

WiFi 6 hadir dengan beberapa kelebihan kepada pengguna, termasuk rangkaian WiFi yang lebih pantas, serta pemindahan data lebih tinggi.

Dengan perubahan ini, kini hanya pakej 30Mbps sahaja yang tidak menyertakan penghala WiFi 6 bersama langganannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd