Google Hangouts Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada November 2022

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini memberikan peringatan kepada semua pengguna, untuk memuat-turun data daripada Google Hangouts sebelum November 2022. Perkhidmatan berkenaan tidak lagi akan ditawarkan selepas itu, dan akan digantikan dengan Google Chat.

Pengguna yang masih menggunakan Google Hangouts akan mula melihat notifikasi dan peringatan untuk berpindah ke Google Chat.

Untuk pengguna Hangouts di GMail pula, anda akan mula melihat notifikasi bermula Julai 2022 kelak.

Ciri-ciri dari Hangouts dijangka ditawarkan pada Google Chat, termasuk beberapa ciri-ciri lain termasuk panggilan terus, serta beberapa ciri lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami