Siri Xiaomi 12S Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 4 Julai

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Enggan terus berteka-teki, Xiaomi kini berkongsi secara terbuka mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk peranti baharunya. Melaluinya, siri Xioami 12S akan diperkenalkan di China pada 4 Julai 2022. Terdapat tiga model berbeza yang bakal diumumkan yang terdiri dengan Xiaomi 12S, Xioami 12S Pro dan Xioami 12S Ultra.

Poster dikongsi menunjukkan peranti akan didatangkan dalam beberapa kemasan warna seperti hijau, hitam dan putih. Dalam masa sama, Xiaomi turut bekerjasama dengan Leica untuk persediaan kamera pada peranti, sekaligus memberi tumpuan terhadap prestasi kamera yang mengagumkan untuk pengalaman fotografi lebih baik.

Tiada maklumat lanjut mengenai reka bentuk dan perkakasan dalaman peranti yang didedahkan setakat ini. Bagaimanapun, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat berkaitan peranti akan dikongsi kan dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami