Xaver-1000 Membolehkan Tentera Melihat Menembusi Dinding Seperti Superman

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam filem Superman, adiwira DC ini mempunyai kemampuan melihat menembusi dinding. Pemandangan sinar-X beliau ini adalah sekadar fiksyen yang pastinya tidak mampu dinikmati oleh manusia biasa. Tetapi kemampuan melihat menembusi dinding ini akhirnya menjadi realiti pada tahun 2022 menerusi Xaver-1000.

Camero-Tech sebuah firma teknologi ketenteraan Israel membangunkan Xaver-1000 yang boleh melihat menembusi dinding. Menurut Camero-Tech, kecerdasan buatan mereka membolehkan ia mengesan individu dan haiwan menembusi dinding menerusi skrin 10.1″ yang terbina pada Xaver-1000.

Ia turut boleh memberitahu pengguna bahawa individu di belakang dinding sedang berdiri, duduk atau berbaring. Selain itu ia turut boleh memberitahu pengguna Xaver-1000 susunan ruang bilik di sebalik dinding.

Teknologi Xaver-1000 boleh menembusi dinding konkrit, simen, plaster, stucco, batu-bata dan adobe. Jarak imbasan pula adalah sehingga 42 meter bergantung kepada bahan binaan dinding. Alat ini pula hanya seberat 16.5 kilogram.

komen


© Amanz / 2022 Kami