Cari @ Amanz

Elon Musk kini mempunyai lebih 100 juta pengikut pada platform yang beliau ingin beli, iaitu Twitter.

Dengan angka ini, ia meletakkan Elon Musk pada antara tangga teratas akaun popular di Twitter. Akaun Twitter yang paling tinggi pengikut pada hari ini adalah Barack Obama dengan seramai 132.1 juta pengikut. Elon Musk menduduki tangga ke-6 dalam senarai akaun paling popular di Twitter.

Buat masa ini, Twitter sedang dalam proses pengambil-alihan oleh Elon Musk pada nilai $44 bilion. Sebelum ini, Elon Musk turut mengatakan perkhidmatan berkenaan mempunyai angka akaun bot yang tinggi, dan sedang menantikan data lanjut daripada pihak Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd