HTC hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar baharu untuk HTC Desire 22 Pro. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan turut memfokuskan kepada penawaran realiti-terimbuh melalui peranti tambahan VIVE Flow.

HTC Desire 22 Pro hadir dengan skri 6.6-ini pada nisbah 20:9, menawarkan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip Snapdragon 695 5G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB.
Melengkapkan ia adalah bateri 4520mAh dengan pengecasan 18W. Desire 22 Pro turut menyokong pengecasan nirwayar bersama dengannya.
Untuk rakaman gambar, HTC Desire 22 Pro menyertakan tri-kamera belakang dengan sensor 64MP + 13MP + 5MP, selain dilengkapi kamera hadapan 32MP.
HTC turut menyertakan sokongan kalis air IP67, serta menyertakan Android 12 untuk menjananya.
HTC memasarkan ia sebagai peranti yang turut boleh digunakan dalam menikmati arena metamesta. Namun, untuk tujuan berkenaan, pengguna perlu mendapatkan HTC Vive Flow yang dibeli berasingan, sebelum dapat menikmati VIVERSE.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada HTC Desire 22 Pro ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, atau tidak dibawa masuk seperti beberapa model sebelum ini.