Dizo Buds P Diperkenalkan – Mampu Beroperasi Sehingga 40 Jam

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dizo Buds P akhirnya dilancarkan secara rasminya sebentar tadi. Ia lengkap dengan rekaan fon telinga separa terbuka bersama pod pengecas berbentuk segi empat. Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia seperti Dynamo Black, Marble White dan Shady Blue. Dijual pada INR1299 (~RM73), penawarannya hanya terhad untuk pasaran India sahaja setakat ini.

Dizo Buds P menampilkan reka bentuk yang ergonomik dengan berat sekitar 31.5 gram sahaja. Ia kemudiannya dipadankan kebolehan main balik mencapai 40 jam menerusi bateri berkapasiti 480mAh. Seterusnya, sepasan pemandu audio bersaiz 13mm digunakan dengan sokongan algoritma Bass Boost+ yang menjanjikan pengalaman audio lebih emersif.

Turut melengkapi fon telinga ini adalah sistem pembatalan hingar elektronik (ENC) dan mod latensi rendah 88ms untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Tambatan pantas adalah menerusi Bluetooth 5.3 dan ia turut melepasi piawaian kalis air IPX4 yang membolehkannya digunakan sewaktu bersenam.

komen


© Amanz / 2022 Kami