Carian
Kerajaan Pertimbang Had Laju Bawah 25km/j Untuk Kenderaan Mikromobiliti
June 28, 2022 Aman

Kerajaan sedang membangunkan garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti di Malaysia, dan beberapa perkara sedang diteliti, termasuk had kelajuan.

Ia kini sedang diperhalusi, yang mana had kelajuan tidak melebihi 25 km/j (kilometer sejam) mungkin ditetapkan untuk kenderaan mikromobiliti.

Neuron Eskuter

Pada hari ini, terdapat beberapa kenderaan mikromobiliti seperti skuter elektrik yang boleh mencapai kelajuan sehingga 50km/j. Dengan garis panduan baharu ini kelak, kelajuan kenderaan berkenaan mungkin dihadkan kepada hanya 25km/j pada tahap maksimum.

Beberapa garis panduan lain turut akan disiapkan, sebelum dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan, serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebelum ia diluluskan dan seterusnya diumumkan.

Komen