Rekaan Xiaomi 12S Pro Akhirnya Didedahkan

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teka teki kini terjawab apabila siri Xiaomi 12S disahkan diumumkan secara rasmi pada 4 Julai hadapan. Penawarannya boleh dianggap menarik ekoran kerjasama di antara Xiaomi dan Leica dalam usaha menyediakan sistem pengimejan yang baik. Dengan ini, ia sudah semestinya bakal memberikan pengalaman fotografi yang luar biasa.

Kini giliran reka bentuknya pula didedahkan oleh CEO Xiaomi menerusi satu perkongsian di Weibo. Jelas ianya adalah reka bentuk untuk modul kamera pada Xiaomi 12S Pro yang sangat mirip dengan siri Xiaomi 12 sebelum ini. Sistem tri-kamera dengan padanan satu lensa besar dan dua lensa kecil digunakan.

Kesemuanya disusun secara menegak dan LED Flash turut sama melengkapi modul kamera berkenaan. Satu-satunya perbezaan yang dibuat hanyalah kehadiran penjenamaan Leica pada modul kamera tersebut. Tapi sayangnya, tiada butiran mengenai konfigurasi kamera yang diketahui.

Seterusnya, sistem audio peranti turut di tala oleh Harman Kardon seumpama yang terdapat pada Xiaomi 12 sebelum ini. Ini sahaja maklumat mengenai peranti yang diketahui setakat ini. Butiran lanjut mungkin didedahkan tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami