Cari @ Amanz

OpenAI ialah syarikat yang telah berjaya membangunkan kecerdasan buatan yang mengalahkan manusia dalam permainan Dota 2 dan Starcraft II. Kemudian mereka membangunkan kecerdasan buatan yang mampu menghasilkan lagu baharu dari karya sedia ada Elvis Presley dan Tupac. Kini OpenAI telah berjaya pula melatih rangkaian neural yang boleh memainkan Minecraft.

Mengajar kecerdasan buatan untuk memainkan Minecraft mungkin dilihat sebagai pencapaian yang tak seberapa bagi manusia kerana kita mempunyai intuisi untuk berfikir. Beberapa kecerdasan buatan yang cuba diajar untuk menghasilkan peralatan berlian dalam Minecraft sebelum ini gagal tetapi berjaya dilakukan oleh OpenAI.

Rangkaian neural pada awalnya diajar mempelajari asas permainan Minecraft menerusi teknik Video PreTraining (VPT) yang dihasilkan oleh kontraktor. Sebanyak 200 jam VPT ditonton oleh rangkaian neural untuk mempelajari butang kekunci dan pergerakan tetikus yang perlu ditekan untuk melakukan aksi tertentu.

Kemudian ia dilatih untuk menonton 70 ribu jam lagi permainan video Minecraft. Kecerdasan buatan kini mempunyai asas untuk bermain minecraft sebaik seorang manusia. Dengan teknik VPT, rangkaian neural yang lain boleh dilatih untuk melalukan pelbagai tugasan lain dan bukan sekadar menikmati Minecraft. Ia hanya perlu mempelajari perkara asas sebelum menonton video bagi mempelajari sendiri tugas yang lebih kompleks.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd