Carian
Perak Memperkenalkan Lampu Isyarat Pintar Dilengkapi Kecerdasan Buatan
June 28, 2022 Aman

Perak kini telah pun melancarkan sistem lampu isyarat pintar pertama di negeri tersebut – dilengkapi dengan sokongan kecerdasan buatan dalam memastikan aliran trafik lancar di Bandaraya Ipoh.

Buat masa ini, ia diuji di empat lokasi di Ipoh, sebelum diperluaskan ke daerah-daerah lain secara berperingkat.

Empat lokasi yang dipasang sistem lampu isyarat pintar ini adalah di persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Laksamana; persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Datuk Onn Jaafar; persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Musa Aziz; dan persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Ekram.

Dalam membangunkan sistem lampu isyarat pintar ini, ia melibatkan kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dan juga Telekom Malaysia. Sistem ini telah diuji sejak November lepas, dan kini akhirnya diperkenalkan secara rasmi.

Menggunakan sistem ini, ia dijangka akan melancarkan aliran trafik sehingga 51%, terutamanya pada waktu puncak.

Komen