Volkwagen Memperlihatkan Konsep Kereta Sedan Elektrik ID. AERO

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Volkswagen juga mempunyai aspirasi untuk menjadi syarikat sifar bersih menjelang 2025. Perjalanan ke arah syarikat yang lebih lestari ini dimulakan dengan pengeluaran kenderaan elektrik di bawah keluarga ID mereka sejak 2019. Selepas mengeluarkan kereta kompak, SUV dan van elektrik, kini Volkswagen memperlihatkan pula konsep ID.AERO yang akan menjadi asas kepada kereta elektrik sedan pertama mereka seawal 2023.

ID.AERO dibina menggunakan platform MEB dengan panjang sekitar lima meter. Ia turut akan dilengkapi tubuh aerodinamik bagi mengurangkan geseran udara. Dengan bater bekapasiti 77 kWj pula ia boleh bergerak sehingga 600 kilometer WLTP dengan sekali caj yang setanding dengan kebanyakan kereta sedan petrol.

Kerana ia sebuah kereta elektrik moden, pintu tidak mempunyai pemegang sebaliknya dibuka menggunakan panel sesentuh yang terbina. Tiada lebih banyak maklumat dikongsi oleh Volkswagen selain ia akan dibina dan dipasarkan di China terlebih dahulu bermula separuh kedua 2023 sebelum dipasarkan pula di Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2022 Kami