Cari @ Amanz

Kerap kali dilaporkan di akhbar parti liar diserbu pihak berkuasa dan unit yang digunakan sebenarnya disewa. Ramai mungkin tidak menyedari di Airbnb telah menghalang pengguna dari menyewa unit untuk tujuan berparti sejak Ogos 2020 bagi menghalang penyebaran Covid-19.

Walaupun pandemik kini dilihat semakin berakhir, Airbnb telah mengemaskini garis panduan dan menyewa bilik atau rumah bagi tujuan berparti kini telah dilarang sepenuhnya. Ini adalah bagi mengurangkan rungutan dari jiran. Jemputan secara terbuka menerusi media sosial untuk ke pesta yang dianjurkan telahpun diharamkan sejak 2019 selepas berlaku kes kerosakan harta benda dan kematian.

Menurut Aribnb lagi mereka telah berjaya mengurangkan laporan gangguan kepada jiran tetangga sebanyak 44% sejak pengharaman sementara berkuatkuasa. Bagi mereka yang pernah menggunakan Airbnb sebagai cara mudah mencari ruang untuk berpesta, masa untuk mengucapkan sayonara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd