Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition Dilancarkan Dengan Dwi-Sensor 1″ Leica

Diterbitkan pada Jun 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kamera dengan kemampuan 360 darjah tidak terkenal dengan kualiti gambar yang terbaik. Tetapi kemampuan merakan 360 darjah mengubah kekurangan ini kerana ia adalah gimik yang menarik. Insta360 telah melancarkan kamera terkini mereka yang bukan sahaja cuba menyelesaikan isu ini dengan menggunakan dwi-sensor sebesar 1 inci yang dibangunkan bersama Leica.

Kamera Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition mampu merakam video pada resolusi maksimum 6K 360 darjah 30FPS dan gambar statik 360 darjah sebesar 21MP. Dengan gimbal enam paksi, video atau gambar yang dirakam akan sentiasa kelihatan stabil. Sensor yang besar dipadankan dengan lensa f/2.2.

Dengan sekali caj, bateri sebesar 1360 mAh mampu memberikan rakaman video sehingga 62 minit. Pengecasan semula menerusi USB-C mengambil masa sekitar 90 minit. Perisian membolehkan video dan gambar yang dirakam dihantar terus ke telefon pintar untuk perkongsian ke media sosial.

Kamera juga boleh menggunakan ONE RS 1-Inch 360 Edition dalam hujan renyai dan salji kerana ia melepas piawaian IPX3 tetapi ia tidak boleh digunakan di bawah permukaan air. Kamera ini dijual pada harga $800 (~RM3517) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami