Cari @ Amanz

NVIDIA GeForce GTX 1630 telah dilancarkan sebagai kad grafik mampu milik bagi mereka yang tidak memerlukan GPU berprestasi tinggi. Kad grafik ini dilengkapi cip TU117 tetapi hanya dengan 512 teras CUDA dan memori 4GB GDDR6 64-bit.

Ini menjadikan GTX 1630 mempunyai prestasi lebih rendah berbanding GTX 1050 Ti yang dilengkapi 768 teras CUDA dan lebih mengecewakan kad TU117 yang lain menggunakan memori 128-bit. Kesemua kekurangan ini adalah penyebab utama GTX 1630 dijual pada harga sekitar RM700 di China. Oleh sebab yang sama kad grafik ini tidak menyasarkan mereka yang ingin memainkan permainan video pada tetapan grafik dan resolusi yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd