SKMM : Celcom Dan Digi Perlu Posisikan Produk Prabayar Dan Pascabayar Dibawah Satu Jenama Korporat Dalam 2 Tahun

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini telah memberikan kelulusan kepada Celcom dan Digi dalam proses penggabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan menjadi satu.

Dibawah penggabungan berkenaan, beberapa syarat telah ditetapkan. Ini termasuk penggunaan jenama korporat yang disatukan.

Melalui syarat yang diberikan SKMM, Digi dan Celcom perlu memposisikan produk prabayar dan juga pascabayar mereka dibawah satu jenama korporat dalam tempoh 2 tahun penggabungan ini berlaku.

Ini bermakna, kita akan melihat penyatuan produk-produk sedia ada, atau mungkin ia dipasarkan dibawah penawaran baharu dalam tempoh dua tahun lagi melibatkan produk Celcom dan juga Digi.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya dalam proses penggabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami