Cari @ Amanz

Kalau anda masih ingat Infinix sebelum ini pernah sedang membangunkan peranti dengan sistem pengecasan pantas 160W. Ia bagaimanapun sekadar diuji pada sebuah peranti konsep dan sehingga kini tiada perkembangan lanjut mengenainya. Sebaliknya, Infinix hadir dengan peranti yang dilengkapi sistem pengecasan pantas 120W menerusi pengenalan Note 12 VIP.

Dalam perkembangan baharu, mereka dilihat sedang membangunkan sistem pengecasan dengan kuasa output lebih tinggi. Sistem pengecasan baharu ini dinamakan sebagai Thunder Charge yang menyokong kuasa output mencapai 180W. Kebolehannya turut diperlihatkan dalam video pendek berdurasi 10 saat yang dikongsi oleh CEO Infinix sendiri.

Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan bagaikan ia akan berfungsi sepenuhnya. Pada masa sama, seberapa pantas ia mampu mengecas penuh sesebuah peranti turut sama tidak diketahui setakat ini. Jikalau sistem pengecasan 160W mampu mengecas bateri 4,000mAh sepenuhnya dalam hanya 10 minit.

Sudah semestinya jangka masa akan menjadi lebih pendek dengan pengecasan mencapai 180W ini. Seperti biasa, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat lanjut mengenainya bakal didedahkan dari masa ke semasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd