Carian
Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy XCover6 Pro Yang Tahan Lasak Tertiris
June 29, 2022 Effi Saharudin

Samsung Galaxy XCover6 Pro dan Tab Active4 akan dilancarkan pada 13 Julai hadapan. Kedua-dua peranti ini unik kerana mempunyai tahap ketahanan yang melepasi piawaian ketenteraan. Hari ini spesifikasi lengkap XCover6 Pro telah ditiriskan sepenuhnya oleh @evleaks.

Peranti akan dilengkapi skrin 6.6″ TFT FHD+ 120Hz dengan panel kaca Gorilla Victus+, dipadankan dengan cip lapan teras 6nm, memori 6GB RAM, storan 128GB (yang boleh ditambah ke 1TB dengan mikro SD), dan bateri sebesar 4050 mAh yang boleh ditanggalkan.

Kamera utama 50MP sudut lebar dipadankan dengan 8MP ultra sudut lebar sementara itu kamera swafoto pula sebesar 13MP. Sistem operasi yang digunakan adalah masih Android 12 dengan pelancar One UI.

Tahap ketahanan ialah kalis air serta debu IP689 dan tahan hentakan MIL-STD-810H. Sistem audio pula adalah Dolby Atmos. Akhir sekali sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada sisi terbina dalam butang kuasa.

Komen