Cari @ Amanz

Kecederaan yang biasa dialami oleh golongan pendaki gunung ialah buku lali yang terpelecok akibat permukaan yang tidak rata. Kasut mendaki biasanya mempunyai potongan hi-cut yang sepatutnya mengelakkan ini dari berlaku tetapi dalam kes ekstrem ini adalah tidak memadai.

Terrein Footwear ialah syarikat baharu yang kini melancarkan kasut mendaki yang dilengkapi omboh terbina bagi mengelakkan buku lali daripada terpelecok. Menurut Terrein, teknologi injap Betterguards akan memastikan pergerakan yang selesa tetapi pada waktu yang sama akan mengunci kedudukan buku lali apabila mengesan ia boleh tercedera. Bagaimana ia dilakukan tidak boleh dikongsi kecuali terdapat omboh khas.

Kasut ditawarkan untuk lelaki dan wanita tetapi tarikh pelancaran dan serta harga jualan masih belum diumumkan pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd