Cari @ Amanz

Seutas lagi peranti boleh pakai yang diumumkan oleh Garmin hari ini adalah siri Forerunner 955 dengan dua pilihan variasi sama ada panel dengan solar terbina atau sebaliknya. Bagi yang berminat, Garmin Forerunner 955 Non-Solar boleh didapati pada harga RM2,470, sementara itu Garmin Forerunner 955 Solar pula dijual pada RM2,970.

Kedua-duanya dilengkapi tubuh bersaiz 46mm dengan skrin sesentuh yang turut digunakan. Di samping itu, ia turut dimuatkan dengan sebilangan ciri penjejakan dan kesihatan standard yang sinonim dengan jam tangan Garmin. Ini termasuklah muat turun muzik dari Spotify, Garmin Pay, notifikasi dari telefon dan jurulatih maya terus dari jam.

Sokongan GPS terbina turut membolehkan proses penjejakan lokasi lebih tepat dapat dilakukan meskipun sewaktu berada di luar kawasan. Perbezaan ketara terletak pada ketahanan bateri yang boleh mencapai 20 hari untuk variasi dengan panel solar terbina. Sementara itu, variasi tanpa panel solar pula boleh beroperasi sehingga 15 hari dengan mod GPS yang diaktifkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd