Predator Helios 300 Yang Dikemaskini Dengan Komponen Terbaru Kini Tiba Dengan Harga Permulaan RM7999

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acer Malaysia hari ini membuka sebuah acara jerayawara di Sunway Pyramid dan telah memperkenalkan sejumlah siri produk dibawah jenama Acer dan Predator yang baru yang mula diperlihatkan dan dijual di acara tersebut.

Acer Malaysia telah memperkenalkan komputer riba gaming berkuasa Predator Helios 300 terbaru mereka, yang tampil dengan kemaskini komponen-komponen terbaru, termasuklah CPU Intel Alder Lake dan juga kad grafik kelas berkuasa daripada NVIDIA.

Predator Helios 300 terbaru ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi QHD (2560×1440) dengan kadar segar semula 165Hz dan juga kebolehan untuk memaparkan 100 peratus gamut warna DCI-P3.

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-12800H, pilihan memori 16GB dan 32GB bergantung kepada model dan juga pilihan storan SSD PCIe 4.0 1TB dan 2TB. Untuk pilihan grafik pula, Helios 300 ini dikuasakan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, NVIDIA GeForce RTX 3070, NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti dan NVIDIA GeForce RTX 3080.

Komputer riba ini juga tampil dengan sokongan untuk teknologi-teknologi baru seperti Thunderbolt 4, WiFi 6E dan menggunakan sistem penyejukan 3D Aeroblade generasi ke-5 yang menjanjikan suhu optimum apabila komponen-komponen ini digunakan untuk menggerakkan permainan moden pada resolusi dan tetapan yang tinggi.

Acer Malaysia mengatakan bahawa komputer riba Predator Helios 300 ini sudahpun mula dijual di pasaran tempatan pada harga-harga berikut:

  • Predator Helios 300 (memori 8GB, storan 1TB, RTX 3060) – RM7999
  • Predator Helios 300 (memori 8GB, storan 1TB, RTX 3070) – RM8999
  • Predator Helios 300 (memori 16GB, storan 2TB, RTX 3070 Ti) – RM9799
  • Predator Helios 300 (memori 16GB, storan 2TB, RTX 3080) – RM11,799

Kesemua model komputer riba ini juga akan hadir dengan diskaun RM300 apabila dibeli sewaktu acara jerayawara Acer Malaysia di Sunway Pyramid bermula 29 Jun sehingga 3 Julai 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami