Red Bull Ingin Membangunkan Kereta-Hiper, RB17 – 50 Unit Kereta Akan Dikeluarkan

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Red Bull hari ini mengumumkan mereka akan membangunkan kereta-hiper tersendiri, dinamakan sebagai RB17.

Ini akan menjadi kenderaan pertama yang dibangunkan sendiri oleh Red Bull secara dalaman. Red Bull dijangka mengeluarkan sekitar 50 unit kenderaan RB17 ini, seawal 2025 kelak.

Red Bull RB17 ini akan mengambil inspirasi daripada F1, dikuasakan oleh enjin hibrid V8 dengan kuasa lebih 1,100 hp.

Red Bull dijangka menjual kereta-hiper edisi terhad ini pada harga melangkaui RM26 juta setiap satu.

komen


© Amanz / 2022 Kami