Kenali OPPO Reno8 Series 5G – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Fokus Penggambaran Kurang Pencahayaan

Diterbitkan pada July 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa tahun dahulu setiap pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan telefon pintar mereka dilengkapi dengan sensor pengimejan yang besar. Tahun ini menyaksikan perkara berlainan dimana pelbagai pengeluar melakukan optimasi kepada pengimejan, dan tampil dalam membawakan penggambaran kurang pencahayaan yang makin baik.

Didalam segmen ini, OPPO yang sinonim dengan penghasilan potret yang cantik, kini turut menawarkan penggambaran kurang pencahayaan yang baik seperti yang terdapat pada peranti mercu mereka iaitu Find X5 Pro 5G untuk peranti terkini mereka iaitu Reno8 Series 5G. Malah setapak lebih kehadapan, peranti dalam kelas pertengahan ini turut dilengkapi komponen premium terutamanya cip mercu mereka yang dibangunkan sendiri iaitu MariSilicon X NPU.

MariSilicon X NPU – Cip Pemprosesan Mercu Memperkasa Pengimejan OPPO Reno8 Series 5G

Cip MariSilicon X merupakan cip yang dibangunkan sendiri oleh OPPO dengan fokus terhadap pengimejan. Cip ini merupakan cip pengimejan berasaskan perkomputeran neural yang bersaiz 6nm, dan mampu memberikan pengimejan yang tajam berasaskan kecerdasan buatan.

Cip ini juga mampu memberikan 18 trilion operasi sesaat bagi memproses imej yang anda rakamkan. Dengan kelajuan sebegini, ia boleh memproses pelbagai data termasuklah AI 4K secara pantas yang menggabungkan HDR sehingga 10 Bit dalam format RAW.

Malah, pengguna juga boleh merakam video 4K Ultra Night dan 4K Ultra HDR, yang memberikan kejelasan butiran sehingga 4 kali ganda berbanding resolusi video 1080p.

Rakaman Video 4K Ultra Night Membolehkan Rakaman Malam Lebih Jelas

Kombinasi cip pemprosesan MariSilicon X dengan cip sedia ada ini meningkatkan butiran rakaman video menggunakan fungsi HDR Fusion serta AI Noise Reduction yang mengurangkan kecacatan berasaskan algoritma pada video yang dirakam. Ini sekaligus mencegah kejadian terlebih terang pada rakaman video disamping mengekalkan tona warna dan cahaya meskipun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Jika anda berkira-kira apakah kegunaan fungsi ini, anda boleh bayangkan sekiranya video TikTok dirakam pada waktu malam, ia jelas sekali dapat dihasilkan pada kualiti lebih baik. Buat masa ini fungsi rakaman video 4K Ultra Night hanya difokuskan pada kamera utama OPPO Reno8 Pro 5G kerana ia turut memanfaatkan sensor kamera Sony IMX766.

Jika malam bukanlah waktu yang kerap anda rakamkan video seharian, ia masih boleh berfungsi dengan saat baik di siang hari kerana rakaman video 4K Ultra HDR sememangnya merakamkan pelbagai butiran warna dan suasana yang tepat.

Dilengkapi Kamera Utama Sony IMX766 & Kamera Hadapan Sony IMX709

Dalam membawakan pengimejan berprestasi tinggi, OPPO bekerjasama dengan Sony dalam mengetengahkan hasil janaan yang baik dari sensor kamera mereka iaitu Sony IMX766 dan Sony IMX 709. Dibelakang peranti, kamera utama 50MP Sony IMX766 dipadankan dengan kamera ultra-lebar 8MP Sony IMX355 serta kamera makro 2MP OV02B10 mewujudkan sistem tri-kamera yang berprestasi tinggi. 

Bagi sensor kamera hadapan Sony IMX709, fungsi Auto Focus telah ditambah baik serta turut menampilkan ruang warna RGBW yang dibangunkan OPPO dan Sony, dan memberikan 60% lebih pencahayaan dari kamera biasa. Hasilnya membolehkan kualiti rakaman swafoto yang lebih pantas, dan turut berupaya merakam kejituan pada rakaman wajah, termasuklah rakaman swafoto secara berkumpulan dengan lebih mudah.

Lebih dari itu, dengan kecerdasan buatan pada kamera hadapan ini, apabila ia mengesan wujudnya lebih dari satu wajah sewaktu merakam selfie, ia akan berubah mod rakaman kepada selfie sudut lebar. Dan apabila hanya satu wajah sahaja yang dikesan, kamera hadapan ini akan merakam pada zum x2 bagi kualiti portret yang lebih baik.

Malah sensor Sony IMX766 merupakan sensor bersaiz 1/1.56” yang dapat merakam lebih banyak cahaya, menghasilkan imej yang lebih tepat. DOL-HDR juga sekaligus menaikkan dynamic range rakaman membolehkan pencahayaan dan bayang-bayang (Brightness & Shadow) lebih seimbang dan tidak kelihatan terlalu palsu.

Tidak Terhad Pada Fungsi Rakaman Video Yang Hebat – OPPO Reno8 Pro 5G Turut Menawarkan Penggambaran Lebih Pantas 

Menggunakan dua sensor kamera berprestasi tinggi dari Sony, OPPO Reno8 Pro 5G turut membawakan prestasi merakam gambar pegun di waktu malam. Malah rakaman gambar portret diwaktu malam turut dijayakan dengan beberapa algoritma seperti Turbo RAW dan AI HDR dimana apabila keadaan kurang pencahayaan dikesan, algoritma ini akan digunakan bagi menambah baik kualiti gambar. 

Malah ia juga dapat mengesan situasi dan suasana rakaman berbeza seperti rakaman bandar diwaktu malam, acara festival, suasana didalam rumah, suasana matahari terbenam, dan pelbagai lagi tanpa memerlukan pengguna melakukan tetapan tambahan. 

Rekaan Dan Kemasan Premium Kini Hadir Untuk Siri Reno

Buat pertama kalinya dalam sejarah peranti siri Reno yang ditawarkan oleh OPPO adalah rekaan dan kemasan saling tak tumpah seperti peranti premium yang menyerlahkan keperibadian pemilikya. Dengan warna baharu khas untuk tahun ini iaitu Glazed Green, ia pastinya menampilkan kelainan.

Rekaannya juga tampak elegan dengan ketiadaan bucu tajam pada bonggol kamera yang biasanya wujud pada peranti lain. Dan jika dilihat dengan lebih dekat, kelihatan modul kamera yang kemas tersusun menambah lagi keseragaman peranti ini berbanding yang lain.


Bagi anda yang berminat, OPPO telahpun membuka pra-tempah untuk Reno8 Pro 5G dimana anda hanya perlu membayar RM 100 untuk melakukan pra-tempah dan akan menerima hadiah khas yang bernilai sehingga RM 1,755. Hadiah khas termasuklah OPPO Enco Air2 Pro, Pakej Perlindungan OPPO Care secara percuma, pakej keahlian yang bernilai sehingga RM 888 dan juga beg sandang Marshall.

Lebih dari itu, anda juga boleh melakukan pembelian tambahan OPPO Pad Air dengan diskaun sebanyak RM 150. Dan jika anda yang terawal, anda berpeluang mendapatkan patung maskot OPPO iaitu Ollie, sementara stok masih ada.

Daftar Minat: OPPO Reno8 Pro 5G

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami