Acer Nitro 5 Kini Memasuki Arena Komputer Riba Premium Dengan Kemaskini Komponen Berkuasa

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri komputer riba Acer Nitro 5 sebelum ini secara lazimnya diperlihatkan sebagai siri komputer riba yang menggunakan komponen-komponen dalaman kelas pertengahan untuk mereka yang hanya mahukan sebuah komputer riba yang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti dan riadah tanpa memecahkan simpanan mereka.

Acer Nitro 5 keluaran terbaru ini masih lagi menampilkan pilihan spesifikasi yang sama, tetapi kini turut menawarkan spesifikasi dengan komponen yang berkuasa, bagi mereka yang lebih mementingkan prestasi berbanding dengan fungsi-fungsi tambahan yang lain.

Komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-12800H, pilihan memori DDR4 sehingga 32GB dengan pilihan storan 512GB dan 1TB. Paling menarik untuk komputer riba ini ialah tawaran kad grafik yang banyak, dari NVIDIA GeForce RTX 3050, NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, NVIDIA GeForce RTX 3060, NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti.

Rekaan Acer Nitro 5 ini juga dilihat lebih minimalis dengan penggunaan rangka polikarbonat, dan untuk paparannya pula, ia tampil dengan pilihan paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz, ataupun untuk model paling premium, paparan IPS sama dengan resolusi QHD.

Ia juga dilihat tampil dengan sokongan untuk teknologi I/O baru seperti Thunderbolt 4 dan WiFi 6 terbaru yang secara lazimnya diperlihatkan pada komputer-komputer riba yang dikuasakan oleh CPU Intel Alder Lake.

Acer Malaysia dilihat membawa sejumlah penawaran Acer Nitro 5 pada tanda harga berikut:

  • Acer Nitro 5 (Intel Core i5, memori 8GB, storan 512GB, GeForce RTX 3050 Ti) – RM4399
  • Acer Nitro 5 (Intel Core i7, memori 16GB, storan 512GB, GeForce RTX 3050) – RM5149
  • Acer Nitro 5 (Intel Core i7, memori 16GB, storan 512GB, GeForce RTX 3050 Ti) – RM5349
  • Acer Nitro 5 (Intel Core i7, memori 16GB, storan 512GB, GeForce RTX 3060) – RM5849
  • Acer Nitro 5 (Intel Core i7, memori 16GB, storan 1TB, GeForce RTX 3070 Ti) – RM8549

komen


© Amanz / 2022 Kami