Tecno Mengacah Kehadiran Produk Baharu Untuk Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru Tecno Phantom X telah diperkenalkan di Malaysia dengan tanda harga RM1,499. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang dijana cip MediaTek Helio G95. Selain itu, ia turut dimuatkan penawaran menarik lain seperti dwi-kamera swafoto dan sistem tri-kamera di belakang.

Dalam perkembangan terkini, Tecno dilihat dalam perancangan untuk hadir dengan peranti baharu lagi. Perkara ini didedahkan menerusi perkongsian terkini Tecno di Instagram. Tapi sayangnya, tiada maklumat lanjut mengenai jenis model yang bakal diumumkan kelak. Bukan itu sahaja, tarikh pelancaran khusus peranti turut tidak didedahkan buat masa ini.

Paling terkini, Tecno Pova 3 telah diperkenalkan di beberapa pasaran luar. Ia lengkap dengan bateri cukup besar 7000mAh, selain turut menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP. Adakah terdapat kemungkinan ia turut akan ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak?

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Tecno Malaysia berhubung perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami