Google telah memperkenalkan antaramuka baharu untuk GMail sejak awal Februari, tetapi ia diperkenalkan secara berperingkat. Rekaan antaramuka baharu ini hadir dengan integrasi Google Meet dan Google Chat padanya, disamping menggunakan elemen rekaan Material You pada GMail.
Setelah diperkenalkan secara terhad, hari ini Google mengumumkan mereka akan mula memperkenalkan antaramuka baharu ini secara meluas kepada semua.
Antaramuka ini akan diaktifkan kepada semua, dan sekiranya anda tidak menyukai, masih boleh ke antaramuka lama buat masa ini.
GMail baharu ini dilihat mengintegrasikan pelbagai perkara, dan akan menjadi hab anda tuju untuk semua yang berkaitan dengan komunikasi.